PERSAHABATAN..



SAHABAT..
satu perkataan yang membawa seribu erti..
tanpa mereka kita akan merasa sepi..
perjuangan hidup tidak ada erti lagi..
tanpa mereka yang mewarnai hidup ini..

TEMAN..
mereka yang sentiasa ada disisi..
menyinari hidup bagaikan mentari..
tapi tak semestinya sahabat sejati..
kerana mereka bisa mengkhianati..

KAWAN..
sentiasa ada waktu kesenangan..
tapi tidak bila dalam kesusahan..
kerana mereka bisa menjadi lawan..
membuat hati makin jadi rawan..

sahabat,teman dan kawan..
yang mana satu jadi pilihan..
tiga perkataan yang membawa maksud berlainan..
yang akan membawa pelbagai perubahan..
dalam kehidupan merentasi zaman..

setiap orang mempunyai KAWAN..
yang sentiasa menemani kita,,
tapi hanya pada waktu suka,,
kerana waktu kita berduka lara,,
mereka hilang entah ke mana..
itulah adat hidup di dunia..
perlu berhati-hati dengan mereka..
kerana ada sesetengah darinya,,
suka melihat kita menderita..

jarang sekali yang mempunyai TEMAN..
yang maksudnya berlainan dengan kawan..
mereka sentiasa disisi dalam perjuangan..
tapi tak semestinya tak berlaku pergolakan..
bagi mengekalkan perhubungan persahabatan..
kerana mungkin berlaku salah faham..
sebab mereka tak semestinya sehaluan..
dengan apa yang kita fikirkan..
sehingga boleh putuskan perhubungan..

berbeza pula dengan SAHABAT..
tak semestinya sentiasa disisi..
tapi mereka sentiasa memahami..
bukan semua yang bisa memiliki..
sahabat sejati yang sukar dicari..
sentiasa menyayangi dan melindungi..
memberi pertolongan tanpa pentingkan diri..
juga membawa kita ke SYURGA JANNATI..

JADI,,APA PILIHAN ANDA??
KAWAN,,TEMAN,,ATAU SAHABAT??

peaceNOwar!!
13495

0 comments:

Post a Comment